Felda Sungai Behrang

Peneroka Pemangkin Pembangunan Felda

Selamat Datang Ke Felda Sungai Behrang

Peta Sungai Behrang

Felda Sungai Behrang terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Tanjung Malim, 8 km dari Pekan dari Slim River dan 5 km dari Pekan Behrang Stesen. Jarak dari ibu negeri iaitu Bandar Ipoh adalah sejauh 110 km dan jarak dari ibu negara iaitu Kuala Lumpur adalah sejauh 90 km.

Landmark yang paling hampir adalah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Plaza tol yang terdekat adalah plaza tol Behrang (124), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dan jarak dari plaza tol tersebut ke Felda Sungai Behrang adalah sejauh 5 km.

Terdiri daripada lebih 400 buah keluarga yang keseluruhannya berbangsa Melayu. Ia dibuka pada tahun 1968 apabila bermulanya kumpulan peneroka peringkat pertama datang ke Felda Sungai Behrang ini untuk mengusahakan ladang getah yang diselia oleh pihak Felda. Felda Sungai Behrang pernah keluar dari senarai Tanah Rancangan Felda bermula pada tahun 2000 hingga 2005. Dalam tempoh itu, Felda Sungai Behrang telah dikenali sebagai Kampung Sungai Behrang. Pada tahun 2006, Felda Sungai Behrang telah disenaraikan semula sebagai salah satu Tanah Rancangan Felda di negeri Perak.

Antara kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Felda Sungai Behrang adalah sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah tadika, masjid, 4 buah surau, klinik desa, padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang serbaguna, taman permainan kanak-kanak, tanah perkuburan, pasar basah,homestay dan beberapa kedai runcit dan kedai makan.

Felda Sungai Behrang berada dalam kawasan Majlis Daerah Tanjung Malim, Dewan Undangan Negeri Kawasan Behrang dan Parlimen Bahagian Tanjung Malim.

09/12/2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: