Felda Sungai Behrang

Peneroka Pemangkin Pembangunan Felda

Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang

Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Matlamat & Objektif Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang ini ditubuhkan adalah:

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah ini.

19/12/2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: